Monday, 19 October 2015

Mereka Yang Baru

Semester ini kami satu bilik. 4 orang. 2 orang lagi jiran kami, bilik sebelah. Seorang jauh di hujung blok sana. 7 orang semuanya, kami AB. Ya, kerana AB kami bersama. Semester ini, ada sedikit cerita sesama kami, kalau dahulu warnanya pelbagai, kali ini ceritanya hitam. Ianya bermula kecil sahaja. Tapi jadi besar.

Mereka sangka aku kecil hati sama mereka sebab mereka sama2 makan Texas. Aku tak kecil hati sebab itu, aku kecil hati kerana kebersamaan mereka yang membuatkan aku rasa keseorangan. Rupanya ada antara mereka yang belikan aku burger (mana la tau nak buat prank cenggini). Tapi waktu itu aku tidur di tempat Amina, dan tiada siapa panggil aku ajak makan sekali. Aku ulang, tak kisah pun x dapat makan Texas itu, tapi kerana kebersamaan mereka, dan aku terpinggir. Ada yang usaha panggil atau cari aku? 

(Membuak kembali dada dan rasa nak nangis)

Dua malam berlalu. Tiada siapa yang tegur, sehingga seorang daripada mereka jumpa aku dan kata mereka mahu berkonfrontasi. Ayuh, silakan. Dan malam itu, jujur aku kata, aku tak benci mereka. Cuma kecewa, kerana apa, aku tiada jawapannya.

Esok paginya, aku menghantar satu pesanan (peribadi tapi terumumkan). Kes ini buatkan kami ahli bilik semakin renggang. Dan yang ini aku akui silap aku kerana terlalu berasional. Dan setelah kelas selesai, aku berjumpa dengan salah seorang daripada mereka yang ...

Dan kerana dia aku hidupkan semula blog ini. Kalau ditanya ap ukhwah pada diri aku, jawapan aku adalah dia.

Mereka Yang Lama

Kali ini banyak terkesan dengan penangan ukhwah. Sebelum cerita lebih lanjut, terasa nak imbas masa dahulu kerana semua bermula dengan mereka, maka terciptalah aku mengapa aku memaknakan ukhwah sedemikian.

Kami ini asalnya satu, berubah setelah masing-masing menerima jawatan di Tingkatan 5. Aku keseorangan, bukan dalam kalangan mereka. Hanya satu yang menyatukan kami, mengaji kitab setiap petang Jumaat bersama murabbi kami. Hal ini memang kami sekepala, semua akan pakat sama2 ajak dan ingatkan. Nak imbas nama seorang demi seorang.

Sakina, Dayini, Maryam, Zafira, Awatif, Shahira, Izyani.

Kami asalnya kenal kerana satu nama, Tasurrun Nazirin a.k.a TN. Tapi disebabkan polisi sekolah, usrah kami dihentikan. Banyak benda yang kami buat sama-sama, dan berkelahi itu benda pasti, mustahil sangat dalam berukhwah tiada benda ni. Pernah sekali itu, seorang daripada mereka menghantar surat dan ketika itu memang keadaan kami (antara saya dan dia) agak renggang, jadi surat pun diutuskan. Saya ini begini orangnya, kalau saya rasa itu silap dia, dan dia nak salahkan saya, lantakla. Saya memang tak layan dan buat tak tahu. Apa isi suratnya pun dah tak ingat. Asalnya, waktu dapat surat tu niat nak balas, tapi tak balas dan tak layan pun surat tu. Akhirnya, silap faham itu hilang ditiup masa dan tak terungkit sampai sekarang.

Pernah juga seorang antara mereka blew me up, dia naikkan suara pada saya. Saya pun tak tahu apa yang saya buat sampai dia tengking saya. Dan saya macam, 'what?!' Tapi itu pun semua cerita dahulu.

Satu khilaf saya yang lalu, kalau ada apa2 silap faham, saya tak buat resolusi. Saya biarkan ia berlalu dek masa yang berjalan, saya biarkan ia pergi sahaja tanpa ada penjelasan daripada kedua-dua belah pihak. Itu silap saya. Tapi satu benda yang saya suka, saya suka tanya mereka kembali, "Macam mana kita kenal?", "Macam mana kita rapat?", "Ingat tak sebab apa kita gaduh dulu?", dan macam2 lagi soalan lain yang menggamit nostalgia lama.

Dan dari itu saya sedar, saya bukan orang yang berani berdepan realiti bahawa saya punya masalah dengan orang lain. Tapi saya orang yang suka meneroka kisah2 dahulu kala, mengimbas kembali masa lalu, merenung semula apa yang dah berlaku. Itulah silapnya. Kenapa tidak dibetulkan sahaja kesilapan itu pada masa itu agar kisah yang kini berlaku dengan lebih indah tanpa perlu membuka jahitan yang sakit itu. Sebab saya lupa, yang saya ini tidak berperasaan, dan bukan saya yang merasakannya tapi mereka yang melaluinya.

Interval.

Nafas Baru

bukak2 je.."eh last post 2013. series la aku memang ada blog? haha" yup dan memang pernah ada. Itu dulu, sekarang lain. Kali ini aku punya matlamat kenapa aku tulis. Kali ini aku jadikan skrin ini dada kedua aku, apa yang aku rasa, apa yang aku monologkan.

Semuanya kerana satu, Ukhwah. Aku hendak memaknakan semula erti ukhwah yang selama ini terkubur di dasar kalbu, yang selama ini aku beri ia satu kehidupan yang tidak bernyawa sehingga hadir sesuatu yang membuatkan aku ingin melakarkan ceritera ini. Apabila aku tenung kembali, ouh begini rupanya kisah aku dan mereka, Supaya aku tak lupa dan ambil pengajaran, Yang penting tidak mengulangi akan silapku.

Ini luahan hatiku, setelah tidak mampu akan menahan semuanya, dek kerana hati yang berjiwa serba kecil ini.

Buat Fatin yang akan datang.

Thursday, 9 May 2013

Setelah Kian Lama

BismillahirRahmanirRahim
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad

Assalamualaikum (senyum2 melihat skrin putih sambil menaip)
setelah kian lamanya tak dapat line nak on9 bukak blog semua.. plus takde masa n segala bagainya..
kali ni tekad jugak nak post something atas skrin putih ni.. banyak perkara yang berlaku dalam tempoh masa yang panjang ni.. start dari program Maulid Akbar hinggalah nak ke examnya.. n ni dh hujung sem utk tahun pertama.


so much thing happen in our life making lots of expressions  exist



malam ni yang actually dah pagi.. posting informally dgan keteraburan bahasa ejaan dll.. tak tahu kenapa.. im kinda sharing what exactly in my mind.. sangat banyak perkara berlaku.. let me list down the main things.. begin with..


MAULID AKBAR, SUMMON, ASSIGNMENTS, AGD, PRU, AMANAH.

its not that many bila tengok balik tapi fikir2 balik macam banyak.. furu' kot yang banyak nya..

MAULID.. sangat banyak dugaannya.. dekat2 nak maulid pagi tu ada kalam jamai'e.. satu huruf dalam text tu yang panjangnya lebih dari 5 pg x hadam langsung dalam hati.. mujur tak pegang part yg sorg2 kalau tak memang hancus kalam jamai'e kami. Alhamdulillah walaupun act grup punya persediaan hanya 3 hari tapi ustaz suka. siap record n post kat grup. kawan2 ustaz yang originally arab pon suka. alhamdulillah. sangat berterima kasih pada awang yang susah payah buat edit n conduct kami..

the SUMMON came after maulid habis. lets talk about maulid first. sangat best wpun the real situation is that  kami sangat kelam kabut di belakang tabir. luckily there were lots of walkie talkie.. n i used it hahaha.. mghubungkan kami dengan mudahnya.. waktu tu hp xberpa nak berjasa sangt. eventhough act ada je masalah sebelum and semasa maulid tapi dah berlalu.. dengan cateringnya technicalnya payungnya hujannya parkingnya rela yang lambatnya and sooooooooo onnn.. tapi alhamdulillah tetamu suka.. Sh Fuad gembira.. murobbina Ustaz Muhadir pon happy.. one of the tetamu cakap she liked it and suruh buat lagi majlis maulid..
setelah semuanya bertungkus lumus sampai about 2 oclok in the morning.. balik2 je pak guard and principal and some fellows dah tunggu dah kat tv area.. pendek ceritanya saman tu dah dikurangkan and saya tak bayar lagi..

ASSIGNMENT pulak.. should be anta jumaat sebelum minggu maulid.. tapi sebab sibuk nak siapkan slide (ahah SLIDE) untuk final touch maulid maka saya terabaikan assignment yang bernilai 20 markah carry mark dunia.. alhamdulillah ustaz cakap boleh anta isnin depan (malam tu malam maulid akbar) and ustaz tak marah.. ustaz mmg bagi waktu penangguhan.. ibrahnya mmg betul laa manusia ni antara makhluk yang sentiasa diberi penangguhan.. n actually that assignment was not really completed..tp ustaz tak perasan and guess what? no mark was deducted..

pasal SLIDE.. i was a bit late before waktu head pc nak present masterplan program.. so dorang guna word insted using my powerpoint.. and it was fully my mistake ..tp paling terharu sampai nak nangis.. pc yang minta maaf.. Allahu Allah. akhlak seorang yang berilmu. dia cakap at the end of the event waktu nak tutup.. 'ana minx maaf sebab tak tunjuk slide entunna. bukan sebab ana tak suka tapi ana tak perasan slide dah siap.. ana minx maaf sangat2 pada amira dan fatin'.. jadi di kesempatan ni..wpun entum xtau ana punya blog ni wujud.. pada semua mb.. azmir hakim azri hazim kak mira kak nani kak seha.. saya minx maaf sangat9.. sesungguhnya saya khadam yang terlalu dhaif khidmatnya berbanding entum semua..

(kalau Rasulullah tahu usaha ana yang sikit ni.. masha Allah.. malunya!.. khidmat yang tak bersunguh2)

ni baru pasal maulid.. ada lagi sambungannya tapi saya sangat penat dah ni.. got to stop! esok nak cycling ngan roommates as promised <3



cumanya apa yang ana dapat sepanjang tempoh nak uruskan Maulid Akbar..banyak benda

daripada adab tingkah laku golongan2 yang mencintai Rasulallah sepenuh hati mereka, pengorbanan masa jiwa harta malah ada yang tak datang kelas..bukan sebab mereka tak tahu mana yang aula tapi kerinduan dan kesungguhan mereka membuatkan mereka sanggup berkorban segala2nya sehinggalah majlis mencambahkan mahabbah ni selesai.. yang pasti pengorbanan tersebut tak memudharatkan mereka.. malah Allah lebih mempermudahkan urusan mereka.. tiada habuan yang zahir buat mereka tapi Allah ganjar secara batinnya.. (mereka laa bukan ana..ana tak buat apa2 pon).. 

yang pasti.. halangan Allah dah sediakan bagi mereka yang cuba mendaki bukit mahabbah ila Allah wa Rasulih.. Allah uji dari sebelum majlis sehingga maulid.. nak uji sejauh mana kesungguhan dan keikhlasan mereka.. kebenaran cinta yang sentiasa meniti di bibir, adakah seiring dengan perbuatan? bukan sia2 semua ujian yang Allah berikan.. malah ibrah yang lebih besar, hakikatnya ujian ini adalah untuk pengajaran masa hadapan, jangan diulang kesalahan lampau.. yang paling utama ujian itu adalah kafarah dosa2 kami yang mungkin tersembunyi.. supaya kami sedar tak semestinya menganjurkan perkara2 baik adalah permit kami sudah menjadi hamba yang terbaik, justeru dihadirkan ujian supaya kami sentisa dan lebih beringat, agar sentiasa takhliskan niat..

khair sampai sini dulu ana menaip.. lain masa terluang yang lebih sesuai ana sambung.. coretan untuk peringatan diri sendiri..

WALLAHUA'LAM :)







Thursday, 18 April 2013

MAULID :)

BismilLah Ar-Rahman Ar-Rahim..
Allahumma Solli 'ala Sayyidina wa Maulana Muhammad.

Alhamdulillah.. ana ucap dalam hati yang rasa sangat puas walaupun muka saat ini tak bermaya dan tidak berperasaan sebab sangat penat. Minggu ni..sebenarnya hampir sebulan ni macam2 perkara berlaku.. banyak yang ana dapat.. banyak yang Allah nak ajar dan sampaikan.. segala rasa penat susah lelah payah..meeting sana sini, assignment bertimpa2, tapi walaupun dalam proses melaksanakannya macam agak payah tapi pengakhirannya ana rasa puas..rasa tak penat seolah2 ana dah diganjar atas apa yang ana lakukan walaupun hakikatnya tak ada apa2 pun yang berlaku.


berapa mingu dah asyik tidur lewat termasuk malam ni sebab nak update fb, makan pun agak tak terjaga, tapi rasa tak kisah sebab rasa macam dah buat sesuatu untuk zaman muda. kepenatan, dugaan semua itu jadi pembakar semangat, pemangkin kesedaran yang sekarang ini zaman mudamu..di waktu inilah kau harus bekerja, kerah tenaga.. ana pernah terdengar tapi tak berapa nak ingat tentang zaman muda dan kesannya di masa tua kelak.. lebih kurang macam ni.. sapa yang bekerja waktu muda Allah akan rehatkannya waktu tua nanti.. Allahu Allah~~ tu yang kadang2 rasa kesibukan itu satu nikmat sebebarnya.


jadinya kali ini ana buat pertama kalinya terlibat untuk urusakan satu program maulid..Maulid Akbar MTAN 2013.. first time rasa macam akhirnya dapat berkhidmat untuk Rasulillah.. ana akui nak uruskan program bukan mudah walaupu ana post biasa2 saja.. program coordinator.. pengurusan yang sangat perlu dari segenap aspek. lagi2 nak dekat dah tarikh program..rasa down yang amat kuat sangat mudah bertandang kalau masalah ada..


tapi teringat pesanan program manager.. kita nak sambut majlis yang mengingati yang secara tersembunyinya nabi ada bersama dalam majlis itu melihat umatnya di akhir zaman yang sangat merindui dan mencintai baginda.. jadi biarlah kita terima kehadiran tetamu agung itu dalam keadaan bersemangat dan bergembira.. segala kesusahan yang ada sekarang pasti Allah ganjar cumanya kena jaga niat.. demi Allah dan RasulNya.. terus rasa sangat bertenaga.. in sha Allah.


jadi, kali ini ana nak promote satu majlis seperti yang tertera di bawah :)



MARHABAN BIWASIYYATI RASULILLAH S.A.W.


Dijemput hadir ke majlis Mahabbah Rasulillah S.A.W..Buktikan cintamu wahai para pencinta ilmu. Sebarkan wangian mahabbah... 

Jemput LIKE page "Maulid Akbar & Haul Majlis Ta'lim An-Nur(MTAN)" di Masjid Kolej Islam Malaya (Bersebelahan UIA PJ).

Pakat2 datang belaka deh dan ajaklah sahabat2 dan sedara-mara untuk hadir sekali ke Majlis yang penuh dengan mahabbah Rasul ini!! Sollu 'ala Nabiyy!!

http://www.facebook.com/maulidmtan2013



 Masha Allah ..rasa sangat semangat bila dapat berkhidmat untuk agama Allah dan menyebarkan mahabbah Rasulillah. Moga menjadi bukti dan penyebab syafaat di hari muka nanti.





ini antara gambar yang paling ana suka nak tengok..sangat5. ini lah pokok yang ada sampai sekarang semenjak zaman Rasulullah :)



in sha Allah moga Allah bantu semua usaha yang dicurahkan, diberkati dan dirahmati. bi iznilLahi Taal .. nak sambut Nabi ni..cubalah gembira sedikit (pesan pm)..tak sabar rasanya 29.4.2013

Friday, 12 April 2013

BismilLah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma Solli wa Sallim 'ala Sayyidina Muhammad.. <3

hehehe.. ahlan wa sahlan buat yang baru melihat dan membaca kalam insan biasa ini..
tiada permata atau berlian yang bernilai di halaman yang sedang anda layari ini
tapi moganya dapat mengambil walau nilaian gangsa sekali pun

moga masa yang anda luangkan Allah ganjari
jazakumulLah khairal jaza'
segala kekurangan didahului dengan ucapan 'afwan 'ala kulli haal

barakAllahu fiikum :)

ps: tak perlu nak follow sangat la..hehehe

Tuesday, 9 April 2013

Tinggal Lagi..

BismilLah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma Solli 'ala Sayyidina wa Syafi'iena Muhammad..SallalLahu 'alaihi wa alihi wa sahbihi wa sallam.

(terdiam sekejap)-tukar mode formal ke mode nak bercerita.

Malam ini ada dua meeting, hisbah and smac, balik bukak blog nak update, tapi selongkar fb dulu, tak tahu kenapa rasa malu nak bukak fb tu..sebab mostly friend adalah dari kalangan 'asyiqin. Mereka yang amat mengasihi dan merindui kekasih agung, Maulana Nabiyyuna Muhammad. Rasa malu nak post ape2 or share ape2 sebab diri ini bukan dari kalangan mereka. Jujur diri ini malu dengan mereka. Kadang2 tertanya2 siapa baginda dalam diri ini?

" siapa Baginda Muhammad (sollu 'alaih) dalam diri? "

Honestly speaking, diri ini dikelilingi dengan manusia yang amat mengasihi Baginda SAW, bi'ah yang amat hidup dengan sunnah Baginda SAW, peringatan2 yang sering mengungkapkan tentang Baginda SAW, majlis2 yang gempar dengan kecintaan dan kerinduan kepada Baginda SAW. Tapi diri ini masih seorang penipu, pendusta tegar, yang masih tidur lena dengan mimpi yang menipu. Allahu Allah. Itulah kesedaran tanpa tindakan. (dalam hati..Alhamdulillah Allah masih nak hadirkan kesedaran, yang anda itu tiada tindakan. Dibuatnya anda tak sedar langsung, yang anda ni tak sedar, tak ke naya tu?)

Mulanya, Dia hadirkan dengan hamba2 yang lalai leka, dengan ahwal dunia. Ada yang berpasangan, hidup bangun, tidur matinya hanya untuk pasangan-yang-belum-pasti, gerak langkah nak ke kelas. pilih baju cantik menarik, sebab nak jumpa dia-yang-akan-meninggalkan. Ada yang 24jam dengan hp melekat, antara tangan yang memegang, dan telinga yang mendengar, diiringi bunyi lidah yang berbicara, berhenti hanya untuk solat dan tidur. Nak makan dan tidur pun masih dengan hp. Pening mata melihat, akal berfikir, hati menilai, inikah kehidupan?

Tapi, Dia Maha Adil, Maha Mendengar, takkan biar hamba2Nya yang meminta terbiar tanpa berbalas. Wasilahnya, Dia hadirkan hamba2Nya yang soleh, sentiasa mengingatiNya, menjadi tempat mendengar masyaqqah dunia yang berat menimpa jiwa. Ibu, ayah, ustaz, adik-beradik, sahabat2, kakak2 yang apabila melihat wajah mereka, tenang jiwa. Tak tipu! Allah hadirkan orang2 yang lalai, sebab nak bagi teguran supaya diri jangan jadi sedemikian, supaya sentiasa ligat akal berputar, berfikir. Nak ke jadi macam tu? Allah hadirkan pula para mukhlisin wa solihin, sebagai penawar jiwa yang sesekali menurun imannya. Dengar kalam nasihat dan tausiyat mereka, pandang dan lihat wajah munawwar mereka, ambil ibrah dan hikmah dari setiap gerak geri amalan mereka.

Allahu Allah..tinggalnya tanya hati, bila nak jadi raja yang tak tunduk pada nafsu, yang mampu mengawal segala pergerakan anggota jasad, dari perkara2 ghaflah. Sampai bila nak biar iman tewas sepanjang masa?
Allah tahu, pandang dan nilai. Tak malu ke? Nabi rindu dan cinta umatnya yang tak pernah melihatnya tapi mencintainya. Tak nak jadi sebahagian dari umat itu ke? Jasad nanti jadi hujah di hari pembalasan. Tak takut ke? Amalan tak cukup syarat, nak masuk jannah idaman. Masih nak  berangan lagi ke? Nak tunggu sampai bila? Bila maut dah datang menjemput? 



 (3:31)  قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله

Al-Quran itu petunjuk buat orang2 yang beriman.  Manhaj cara hidup Rasulullah SAW, dah ada dalam sejarah. Cari, gali, ambil dan manfaatkan. Ilmu itu satu khazanah yang kekal bila diamalkan.
Cinta Allah, cinta Nabi, pasti Allah cinta.

(banyak lagi nak coret tapi berjela2 sangat dalam hati ni tak mampu nak terluah.- Kamu luah atau pendam, Dia Tahu. Moga diredahai)

Salam Mahabbah :)