Monday, 19 October 2015

Mereka Yang Baru

Semester ini kami satu bilik. 4 orang. 2 orang lagi jiran kami, bilik sebelah. Seorang jauh di hujung blok sana. 7 orang semuanya, kami AB. Ya, kerana AB kami bersama. Semester ini, ada sedikit cerita sesama kami, kalau dahulu warnanya pelbagai, kali ini ceritanya hitam. Ianya bermula kecil sahaja. Tapi jadi besar.

Mereka sangka aku kecil hati sama mereka sebab mereka sama2 makan Texas. Aku tak kecil hati sebab itu, aku kecil hati kerana kebersamaan mereka yang membuatkan aku rasa keseorangan. Rupanya ada antara mereka yang belikan aku burger (mana la tau nak buat prank cenggini). Tapi waktu itu aku tidur di tempat Amina, dan tiada siapa panggil aku ajak makan sekali. Aku ulang, tak kisah pun x dapat makan Texas itu, tapi kerana kebersamaan mereka, dan aku terpinggir. Ada yang usaha panggil atau cari aku? 

(Membuak kembali dada dan rasa nak nangis)

Dua malam berlalu. Tiada siapa yang tegur, sehingga seorang daripada mereka jumpa aku dan kata mereka mahu berkonfrontasi. Ayuh, silakan. Dan malam itu, jujur aku kata, aku tak benci mereka. Cuma kecewa, kerana apa, aku tiada jawapannya.

Esok paginya, aku menghantar satu pesanan (peribadi tapi terumumkan). Kes ini buatkan kami ahli bilik semakin renggang. Dan yang ini aku akui silap aku kerana terlalu berasional. Dan setelah kelas selesai, aku berjumpa dengan salah seorang daripada mereka yang ...

Dan kerana dia aku hidupkan semula blog ini. Kalau ditanya ap ukhwah pada diri aku, jawapan aku adalah dia.

Mereka Yang Lama

Kali ini banyak terkesan dengan penangan ukhwah. Sebelum cerita lebih lanjut, terasa nak imbas masa dahulu kerana semua bermula dengan mereka, maka terciptalah aku mengapa aku memaknakan ukhwah sedemikian.

Kami ini asalnya satu, berubah setelah masing-masing menerima jawatan di Tingkatan 5. Aku keseorangan, bukan dalam kalangan mereka. Hanya satu yang menyatukan kami, mengaji kitab setiap petang Jumaat bersama murabbi kami. Hal ini memang kami sekepala, semua akan pakat sama2 ajak dan ingatkan. Nak imbas nama seorang demi seorang.

Sakina, Dayini, Maryam, Zafira, Awatif, Shahira, Izyani.

Kami asalnya kenal kerana satu nama, Tasurrun Nazirin a.k.a TN. Tapi disebabkan polisi sekolah, usrah kami dihentikan. Banyak benda yang kami buat sama-sama, dan berkelahi itu benda pasti, mustahil sangat dalam berukhwah tiada benda ni. Pernah sekali itu, seorang daripada mereka menghantar surat dan ketika itu memang keadaan kami (antara saya dan dia) agak renggang, jadi surat pun diutuskan. Saya ini begini orangnya, kalau saya rasa itu silap dia, dan dia nak salahkan saya, lantakla. Saya memang tak layan dan buat tak tahu. Apa isi suratnya pun dah tak ingat. Asalnya, waktu dapat surat tu niat nak balas, tapi tak balas dan tak layan pun surat tu. Akhirnya, silap faham itu hilang ditiup masa dan tak terungkit sampai sekarang.

Pernah juga seorang antara mereka blew me up, dia naikkan suara pada saya. Saya pun tak tahu apa yang saya buat sampai dia tengking saya. Dan saya macam, 'what?!' Tapi itu pun semua cerita dahulu.

Satu khilaf saya yang lalu, kalau ada apa2 silap faham, saya tak buat resolusi. Saya biarkan ia berlalu dek masa yang berjalan, saya biarkan ia pergi sahaja tanpa ada penjelasan daripada kedua-dua belah pihak. Itu silap saya. Tapi satu benda yang saya suka, saya suka tanya mereka kembali, "Macam mana kita kenal?", "Macam mana kita rapat?", "Ingat tak sebab apa kita gaduh dulu?", dan macam2 lagi soalan lain yang menggamit nostalgia lama.

Dan dari itu saya sedar, saya bukan orang yang berani berdepan realiti bahawa saya punya masalah dengan orang lain. Tapi saya orang yang suka meneroka kisah2 dahulu kala, mengimbas kembali masa lalu, merenung semula apa yang dah berlaku. Itulah silapnya. Kenapa tidak dibetulkan sahaja kesilapan itu pada masa itu agar kisah yang kini berlaku dengan lebih indah tanpa perlu membuka jahitan yang sakit itu. Sebab saya lupa, yang saya ini tidak berperasaan, dan bukan saya yang merasakannya tapi mereka yang melaluinya.

Interval.

Nafas Baru

bukak2 je.."eh last post 2013. series la aku memang ada blog? haha" yup dan memang pernah ada. Itu dulu, sekarang lain. Kali ini aku punya matlamat kenapa aku tulis. Kali ini aku jadikan skrin ini dada kedua aku, apa yang aku rasa, apa yang aku monologkan.

Semuanya kerana satu, Ukhwah. Aku hendak memaknakan semula erti ukhwah yang selama ini terkubur di dasar kalbu, yang selama ini aku beri ia satu kehidupan yang tidak bernyawa sehingga hadir sesuatu yang membuatkan aku ingin melakarkan ceritera ini. Apabila aku tenung kembali, ouh begini rupanya kisah aku dan mereka, Supaya aku tak lupa dan ambil pengajaran, Yang penting tidak mengulangi akan silapku.

Ini luahan hatiku, setelah tidak mampu akan menahan semuanya, dek kerana hati yang berjiwa serba kecil ini.

Buat Fatin yang akan datang.