Kali ini banyak terkesan dengan penangan ukhwah. Sebelum cerita lebih lanjut, terasa nak imbas masa dahulu kerana semua bermula dengan mereka, maka terciptalah aku mengapa aku memaknakan ukhwah sedemikian.
Kami ini asalnya satu, berubah setelah masing-masing menerima jawatan di Tingkatan 5. Aku keseorangan, bukan dalam kalangan mereka. Hanya satu yang menyatukan kami, mengaji kitab setiap petang Jumaat bersama murabbi kami. Hal ini memang kami sekepala, semua akan pakat sama2 ajak dan ingatkan. Nak imbas nama seorang demi seorang.
Sakina, Dayini, Maryam, Zafira, Awatif, Shahira, Izyani.
Kami asalnya kenal kerana satu nama, Tasurrun Nazirin a.k.a TN. Tapi disebabkan polisi sekolah, usrah kami dihentikan. Banyak benda yang kami buat sama-sama, dan berkelahi itu benda pasti, mustahil sangat dalam berukhwah tiada benda ni. Pernah sekali itu, seorang daripada mereka menghantar surat dan ketika itu memang keadaan kami (antara saya dan dia) agak renggang, jadi surat pun diutuskan. Saya ini begini orangnya, kalau saya rasa itu silap dia, dan dia nak salahkan saya, lantakla. Saya memang tak layan dan buat tak tahu. Apa isi suratnya pun dah tak ingat. Asalnya, waktu dapat surat tu niat nak balas, tapi tak balas dan tak layan pun surat tu. Akhirnya, silap faham itu hilang ditiup masa dan tak terungkit sampai sekarang.
Pernah juga seorang antara mereka blew me up, dia naikkan suara pada saya. Saya pun tak tahu apa yang saya buat sampai dia tengking saya. Dan saya macam, 'what?!' Tapi itu pun semua cerita dahulu.
Satu khilaf saya yang lalu, kalau ada apa2 silap faham, saya tak buat resolusi. Saya biarkan ia berlalu dek masa yang berjalan, saya biarkan ia pergi sahaja tanpa ada penjelasan daripada kedua-dua belah pihak. Itu silap saya. Tapi satu benda yang saya suka, saya suka tanya mereka kembali, "Macam mana kita kenal?", "Macam mana kita rapat?", "Ingat tak sebab apa kita gaduh dulu?", dan macam2 lagi soalan lain yang menggamit nostalgia lama.
Dan dari itu saya sedar, saya bukan orang yang berani berdepan realiti bahawa saya punya masalah dengan orang lain. Tapi saya orang yang suka meneroka kisah2 dahulu kala, mengimbas kembali masa lalu, merenung semula apa yang dah berlaku. Itulah silapnya. Kenapa tidak dibetulkan sahaja kesilapan itu pada masa itu agar kisah yang kini berlaku dengan lebih indah tanpa perlu membuka jahitan yang sakit itu. Sebab saya lupa, yang saya ini tidak berperasaan, dan bukan saya yang merasakannya tapi mereka yang melaluinya.
Interval.