Thursday, 18 April 2013

MAULID :)

BismilLah Ar-Rahman Ar-Rahim..
Allahumma Solli 'ala Sayyidina wa Maulana Muhammad.

Alhamdulillah.. ana ucap dalam hati yang rasa sangat puas walaupun muka saat ini tak bermaya dan tidak berperasaan sebab sangat penat. Minggu ni..sebenarnya hampir sebulan ni macam2 perkara berlaku.. banyak yang ana dapat.. banyak yang Allah nak ajar dan sampaikan.. segala rasa penat susah lelah payah..meeting sana sini, assignment bertimpa2, tapi walaupun dalam proses melaksanakannya macam agak payah tapi pengakhirannya ana rasa puas..rasa tak penat seolah2 ana dah diganjar atas apa yang ana lakukan walaupun hakikatnya tak ada apa2 pun yang berlaku.


berapa mingu dah asyik tidur lewat termasuk malam ni sebab nak update fb, makan pun agak tak terjaga, tapi rasa tak kisah sebab rasa macam dah buat sesuatu untuk zaman muda. kepenatan, dugaan semua itu jadi pembakar semangat, pemangkin kesedaran yang sekarang ini zaman mudamu..di waktu inilah kau harus bekerja, kerah tenaga.. ana pernah terdengar tapi tak berapa nak ingat tentang zaman muda dan kesannya di masa tua kelak.. lebih kurang macam ni.. sapa yang bekerja waktu muda Allah akan rehatkannya waktu tua nanti.. Allahu Allah~~ tu yang kadang2 rasa kesibukan itu satu nikmat sebebarnya.


jadinya kali ini ana buat pertama kalinya terlibat untuk urusakan satu program maulid..Maulid Akbar MTAN 2013.. first time rasa macam akhirnya dapat berkhidmat untuk Rasulillah.. ana akui nak uruskan program bukan mudah walaupu ana post biasa2 saja.. program coordinator.. pengurusan yang sangat perlu dari segenap aspek. lagi2 nak dekat dah tarikh program..rasa down yang amat kuat sangat mudah bertandang kalau masalah ada..


tapi teringat pesanan program manager.. kita nak sambut majlis yang mengingati yang secara tersembunyinya nabi ada bersama dalam majlis itu melihat umatnya di akhir zaman yang sangat merindui dan mencintai baginda.. jadi biarlah kita terima kehadiran tetamu agung itu dalam keadaan bersemangat dan bergembira.. segala kesusahan yang ada sekarang pasti Allah ganjar cumanya kena jaga niat.. demi Allah dan RasulNya.. terus rasa sangat bertenaga.. in sha Allah.


jadi, kali ini ana nak promote satu majlis seperti yang tertera di bawah :)



MARHABAN BIWASIYYATI RASULILLAH S.A.W.


Dijemput hadir ke majlis Mahabbah Rasulillah S.A.W..Buktikan cintamu wahai para pencinta ilmu. Sebarkan wangian mahabbah... 

Jemput LIKE page "Maulid Akbar & Haul Majlis Ta'lim An-Nur(MTAN)" di Masjid Kolej Islam Malaya (Bersebelahan UIA PJ).

Pakat2 datang belaka deh dan ajaklah sahabat2 dan sedara-mara untuk hadir sekali ke Majlis yang penuh dengan mahabbah Rasul ini!! Sollu 'ala Nabiyy!!

http://www.facebook.com/maulidmtan2013



 Masha Allah ..rasa sangat semangat bila dapat berkhidmat untuk agama Allah dan menyebarkan mahabbah Rasulillah. Moga menjadi bukti dan penyebab syafaat di hari muka nanti.





ini antara gambar yang paling ana suka nak tengok..sangat5. ini lah pokok yang ada sampai sekarang semenjak zaman Rasulullah :)



in sha Allah moga Allah bantu semua usaha yang dicurahkan, diberkati dan dirahmati. bi iznilLahi Taal .. nak sambut Nabi ni..cubalah gembira sedikit (pesan pm)..tak sabar rasanya 29.4.2013

Friday, 12 April 2013

BismilLah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma Solli wa Sallim 'ala Sayyidina Muhammad.. <3

hehehe.. ahlan wa sahlan buat yang baru melihat dan membaca kalam insan biasa ini..
tiada permata atau berlian yang bernilai di halaman yang sedang anda layari ini
tapi moganya dapat mengambil walau nilaian gangsa sekali pun

moga masa yang anda luangkan Allah ganjari
jazakumulLah khairal jaza'
segala kekurangan didahului dengan ucapan 'afwan 'ala kulli haal

barakAllahu fiikum :)

ps: tak perlu nak follow sangat la..hehehe

Tuesday, 9 April 2013

Tinggal Lagi..

BismilLah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma Solli 'ala Sayyidina wa Syafi'iena Muhammad..SallalLahu 'alaihi wa alihi wa sahbihi wa sallam.

(terdiam sekejap)-tukar mode formal ke mode nak bercerita.

Malam ini ada dua meeting, hisbah and smac, balik bukak blog nak update, tapi selongkar fb dulu, tak tahu kenapa rasa malu nak bukak fb tu..sebab mostly friend adalah dari kalangan 'asyiqin. Mereka yang amat mengasihi dan merindui kekasih agung, Maulana Nabiyyuna Muhammad. Rasa malu nak post ape2 or share ape2 sebab diri ini bukan dari kalangan mereka. Jujur diri ini malu dengan mereka. Kadang2 tertanya2 siapa baginda dalam diri ini?

" siapa Baginda Muhammad (sollu 'alaih) dalam diri? "

Honestly speaking, diri ini dikelilingi dengan manusia yang amat mengasihi Baginda SAW, bi'ah yang amat hidup dengan sunnah Baginda SAW, peringatan2 yang sering mengungkapkan tentang Baginda SAW, majlis2 yang gempar dengan kecintaan dan kerinduan kepada Baginda SAW. Tapi diri ini masih seorang penipu, pendusta tegar, yang masih tidur lena dengan mimpi yang menipu. Allahu Allah. Itulah kesedaran tanpa tindakan. (dalam hati..Alhamdulillah Allah masih nak hadirkan kesedaran, yang anda itu tiada tindakan. Dibuatnya anda tak sedar langsung, yang anda ni tak sedar, tak ke naya tu?)

Mulanya, Dia hadirkan dengan hamba2 yang lalai leka, dengan ahwal dunia. Ada yang berpasangan, hidup bangun, tidur matinya hanya untuk pasangan-yang-belum-pasti, gerak langkah nak ke kelas. pilih baju cantik menarik, sebab nak jumpa dia-yang-akan-meninggalkan. Ada yang 24jam dengan hp melekat, antara tangan yang memegang, dan telinga yang mendengar, diiringi bunyi lidah yang berbicara, berhenti hanya untuk solat dan tidur. Nak makan dan tidur pun masih dengan hp. Pening mata melihat, akal berfikir, hati menilai, inikah kehidupan?

Tapi, Dia Maha Adil, Maha Mendengar, takkan biar hamba2Nya yang meminta terbiar tanpa berbalas. Wasilahnya, Dia hadirkan hamba2Nya yang soleh, sentiasa mengingatiNya, menjadi tempat mendengar masyaqqah dunia yang berat menimpa jiwa. Ibu, ayah, ustaz, adik-beradik, sahabat2, kakak2 yang apabila melihat wajah mereka, tenang jiwa. Tak tipu! Allah hadirkan orang2 yang lalai, sebab nak bagi teguran supaya diri jangan jadi sedemikian, supaya sentiasa ligat akal berputar, berfikir. Nak ke jadi macam tu? Allah hadirkan pula para mukhlisin wa solihin, sebagai penawar jiwa yang sesekali menurun imannya. Dengar kalam nasihat dan tausiyat mereka, pandang dan lihat wajah munawwar mereka, ambil ibrah dan hikmah dari setiap gerak geri amalan mereka.

Allahu Allah..tinggalnya tanya hati, bila nak jadi raja yang tak tunduk pada nafsu, yang mampu mengawal segala pergerakan anggota jasad, dari perkara2 ghaflah. Sampai bila nak biar iman tewas sepanjang masa?
Allah tahu, pandang dan nilai. Tak malu ke? Nabi rindu dan cinta umatnya yang tak pernah melihatnya tapi mencintainya. Tak nak jadi sebahagian dari umat itu ke? Jasad nanti jadi hujah di hari pembalasan. Tak takut ke? Amalan tak cukup syarat, nak masuk jannah idaman. Masih nak  berangan lagi ke? Nak tunggu sampai bila? Bila maut dah datang menjemput? 



 (3:31)  قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله

Al-Quran itu petunjuk buat orang2 yang beriman.  Manhaj cara hidup Rasulullah SAW, dah ada dalam sejarah. Cari, gali, ambil dan manfaatkan. Ilmu itu satu khazanah yang kekal bila diamalkan.
Cinta Allah, cinta Nabi, pasti Allah cinta.

(banyak lagi nak coret tapi berjela2 sangat dalam hati ni tak mampu nak terluah.- Kamu luah atau pendam, Dia Tahu. Moga diredahai)

Salam Mahabbah :)

Monday, 8 April 2013

Carilah

BismilLah Ar-Rahman Ar-Rahim..
Allahumma Solli waa Sallim 'ala Sayyidina wa Habibina Al-Musthofa wa 'ala alih.

Alhamdulillah baru selesai meeting dengan komiti Maulid Akbar CFS, muslimat sahaja. Akhir meeting amirah tutup dengan kata2 semangat, kalau ada masalah etc jangan simpan dalam hati, kongsi dan selesaikan sama2. Kita kan satu guru, satu bapa. Allahu Allah. Cantik kalam tu. Alkisahnya tersentuh dengan kalimat tersebut sebab ada sesuatu melanda diri ini.

Hati ini pernah dicambahkan dengan rasa 'asyiq dalam kalbu ini dengan mahabbah Nabiyyina Sallahu 'alaihi wa Sallam. Pertama kali rasa ada sesuatu dalam kalbu ini yang bermakna. Hubb yang awesome sangat. Tapi biji hubb itu perlu dijaga, disiram, diberi baja, ruang yang cukup jangan ada benda asing yang mengganggu dan mematikan benih tersebut. Bila bertumbuh biji dalam kalbu itu, bagai memberi nafas baru pada jasadnya, lebih hebat daripada hidung yang menghirup oksigen.

Hakikatnya, semua itu perlukan satu komitmen dan himmah yang sangat besar, yang mampu menghidupkan satu mujahadah yang bukan palsu tapi benar. Dan tidaklah mujahadah itu berjalan tanpa musahabah. Suhbah yang akan menarik tangan tatkala payahnya melangkah, yang menunjuk jalan pabila langkah longlai lemah tak berarah. Dan suhbah itu perlu dicari, takkan dijumpa jika duduk termenung menunggu hari.

 "Bersuhbahlah dengan orang yang apabila engkau melihatnya akan membawa engkau mengingatiNya."

Sahabat itu cermin buat diri. Cermin yang bersih jernih akan mampu menzahirkan segala kekurangan diri yang perlu diperbaiki, cermin yang sebaliknya akan menutup kejahilan diri dan akan terus berkekalan jahil tanpa mengetahui akannya. Sahabat itulah kamu.

"قل من تصاحب سأقول لك من أنت"
katakan dengan siapa engkau berkawan, akan aku beritahu siapa engkau

Moga diri ini akan bertemu dengan'nya' suatu hari nanti. Moga diri ini akan dijumpai dengan dia yang ternanti-nanti. Memberilah untuk menerima. Suatu kepastian, semuanya perlukan persediaan. Bersedialah dengan segala kebaikan untuk menerima lebih daripada kebaikan. Ini hukum Tuhan ke atas makhluknya berbeza dengan hukum DiriNya. Segala PemberianNya tidak mengharapkan suatu pemberian ketaatan daripada makhluk. Apa yang diberi takkan menjejaskan sedikit pun keMuliaanNya. Taat yang dipersembah takkan mengganggu-gugat darjat ke'Azimannya yang a'azam.

Moga mujahadah sentiasa berterusan, mengejar cinta kekasih, mencapai redha Pengasih. Tiada imdad tanpa isti'dad. Tiada isti'dad tanpa jihad. Tiada jihad tanpa mujahadah dan tadhiah.

Salam Mujahadah :)

Sunday, 7 April 2013

Itu Kerana

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..
Allahumma Solli wa Sallim 'ala Sayyidina wa Nabiyyina Al-Musthofa wa 'ala alih..

Tak tahu nak tulis apa. Hanya harapkan ini menjadi bukti. Terima kasih buat yang memberi inspirasi. Moga kalian diganjari meski kalian tak tahu siapakah kalian itu. Moga ini juga menjadi pemangkin ke arah yang lebih jernih, moga bukan sia-sia, sebab segalanya pasti diganjari.

Ku pinta syafaat mu wahai sang kekasih yang tidak pernah gersang cintanya.


Menatap wajah kekasihmu moga menjadi sebahagian sebab syafaatmu buat diriku. :)