Allahumma Solli waa Sallim 'ala Sayyidina wa Habibina Al-Musthofa wa 'ala alih.
Alhamdulillah baru selesai meeting dengan komiti Maulid Akbar CFS, muslimat sahaja. Akhir meeting amirah tutup dengan kata2 semangat, kalau ada masalah etc jangan simpan dalam hati, kongsi dan selesaikan sama2. Kita kan satu guru, satu bapa. Allahu Allah. Cantik kalam tu. Alkisahnya tersentuh dengan kalimat tersebut sebab ada sesuatu melanda diri ini.
Hati ini pernah dicambahkan dengan rasa 'asyiq dalam kalbu ini dengan mahabbah Nabiyyina Sallahu 'alaihi wa Sallam. Pertama kali rasa ada sesuatu dalam kalbu ini yang bermakna. Hubb yang awesome sangat. Tapi biji hubb itu perlu dijaga, disiram, diberi baja, ruang yang cukup jangan ada benda asing yang mengganggu dan mematikan benih tersebut. Bila bertumbuh biji dalam kalbu itu, bagai memberi nafas baru pada jasadnya, lebih hebat daripada hidung yang menghirup oksigen.
Hakikatnya, semua itu perlukan satu komitmen dan himmah yang sangat besar, yang mampu menghidupkan satu mujahadah yang bukan palsu tapi benar. Dan tidaklah mujahadah itu berjalan tanpa musahabah. Suhbah yang akan menarik tangan tatkala payahnya melangkah, yang menunjuk jalan pabila langkah longlai lemah tak berarah. Dan suhbah itu perlu dicari, takkan dijumpa jika duduk termenung menunggu hari.
"Bersuhbahlah dengan orang yang apabila engkau melihatnya akan membawa engkau mengingatiNya."
Sahabat itu cermin buat diri. Cermin yang bersih jernih akan mampu menzahirkan segala kekurangan diri yang perlu diperbaiki, cermin yang sebaliknya akan menutup kejahilan diri dan akan terus berkekalan jahil tanpa mengetahui akannya. Sahabat itulah kamu.
"قل من تصاحب سأقول لك من أنت"
katakan dengan siapa engkau berkawan, akan aku beritahu siapa engkau
Moga mujahadah sentiasa berterusan, mengejar cinta kekasih, mencapai redha Pengasih. Tiada imdad tanpa isti'dad. Tiada isti'dad tanpa jihad. Tiada jihad tanpa mujahadah dan tadhiah.
Salam Mujahadah :)
.jpg)
No comments:
Post a Comment